~~~~In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.Nothing in life is to be feared. It is only to be understood~~~~

Monday, October 2, 2006

posa N gastrik?

seminggu dh posa..tseksa aku..sakit perut..gastrik mnyerang..huhuhu...

Sunday, October 1, 2006

kecantikan lelaki & kegagahan wanita?

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

cam hampeh jek!

(cerita ini telah diubah suai untuk tatapan umum. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati..ENJOY!)

Kisah ini berlaku tatkala sekumpulan penduduk di kawasan yang dipanggil ALAHAI (bukan nama sebenar) heboh tentang kononnya ada buaya terlepas ke dalam sebatang sungai berdekatan kawasan tempat tinggal diaorang.Sumer org kecoh...Bimbang akan keselamatan penduduk-penduduk (terutamanya budak2) di tebing sungai tersebut, mereka mengadu kepada pihak media yg akhirnya sampai ke telinga Sultan sendiri.Sultan agak terkejut bila dengar berita tersebut kerana sumer org tau mana ada buaya dlm sungai kat di kawasan ni(sungai kotor maa..), tapi sbb semua org panik, baginda mengambil counter measure...menitahkan,

barang siapa berani berenang ke seberang sungai tersebut, baginda akan memberi org tersebut kurnia yg merupakan sebuah rumah kereta mercedes dgn duit 500k maka ramai la org berkumpul di tebing sungai tu (tak takut pulak dengan buaya tu)

Tapi biasa la org kat tempat ni...terlebih perihatin - org je ramai kat tepi tu tp takder pun sorang nak berenang cross sungai tu. sampai waktu tengahari yg panas terik tu..tetiba ada la sorang makhluk Allah ni terjun ke dalam sungai tu..sumer org terkejut tgk punya la laju dia pegi berenang ke seberang sungai tu. sampai kat seberang sana..sumer org bertepuk tgn dan congrats dia..rupa2 nya dia nie org Sarawak.Wakil Istana yg mmg ada kat sana terus memanggil mamat tu dan bawak dia pi Istana.

Maka Sultan pun dengan suka citanya mengumumkan yg dia dapat kereta dgn duit tu..tp dia dgn pelat Sarawaknya yg pekat tu menjawab

"Kamek duduk dalam utan...kamek sik mauk kereta dgn duit ya"

Sultan pun terperanjat sbb org tu tak mau terima kurnia tu..so, baginda offer lot rumah banglo 8 tingkat siap ngan lift, sekali dgn rumah banglo dan duit 500k tapi mamat sorang nie geleng kepala,

"Kamek suka duduk rumah panjang, kamek sik mauk rumah batu..."

Sultan yg makin confuse, lalu tanya kat mamat nie..apa yg dia nak..

"Kamek mok tauk, sapa yg nulak kamek masuk sungei ya!"

~hahahahaha....!~