(oleh DR.Sidek Baba-petikan dr Utusan Malaysia)
Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus. Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.
Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.
Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.
Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.
Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa. Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.
Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah. Mengurus kesunyian memerlukan pedoman.
Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.
Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.
2 b continued..

No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda.Terima Kasih!