~~~~In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.Nothing in life is to be feared. It is only to be understood~~~~

Thursday, September 27, 2007

hakikat perkahwinan

Bismillahirrahmaani rrahiim...

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat dan renungkan... Manakah pilihan kita???

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup/muflis.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

* Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun di dunia yang dapat meretakkan rumahtangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan jejak anda.Terima Kasih!