~~~~In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.Nothing in life is to be feared. It is only to be understood~~~~

Wednesday, January 23, 2008

im away...

buat sementara waktu nih aku xleh nk bkak blog...due 2 some probs...sory yeeee

Monday, January 7, 2008

apa itu cinta??

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

c.i.n.t.a

Cinta itu tentang keberterimaan kita thdp pasangan kita
Cinta itu bukan malah menjauhkan dua tebing yg terpisah, tp lebih ke bagaimana membangun jembatan diantaranya

Cinta itu bukan ttg menerima kesalahan demi kesalahan walau hati sakit dan sakit dan sakit, tp lbh ke menerima kesalahan yg sudah dilakukan dan berjanji utk tidak mengulanginya lagi karena memang cinta bukan hanya memberi tp harus ada menerima

Cinta itu bukan utk penyempurna hidup, tp utk melengkapi hidup
Cinta itu ttg bagaimana kita membuka mata utk memilih pasangan yg baik buat kita, tidak hanya buat sekarang, tp buat masa depan, dan masa depan nya lagi

Cinta itu bukan hanya mengenai perasaan yg mendalam, tp ttg logika dan mental kita yg ada di dalamnya

Cinta itu tidak bisa diukur dengan materi (seperti duit dan jarak), walaupun dua hal itu kadang jadi katalisator pemisah, tp cinta dengan reaksi yang tepat bisa melarutkan kedua hal itu tanpa bekas

Cinta itu ttg pengorbanan dalam batas waktu tertentu sampai kita melihat memang pengorbanan dan penantian kita memang pantas
Cinta itu bagaimana kita mengerti apa yg diinginkannya tanpa harus bertentangan dengan kehendak hati kita

Cinta itu tidak pernah bisa menyembuhkan hati yg lara ataupun asa yg sakit

Cinta itu bisa tumbuh dari ketiadaan ketika kita bersungguh-sungguh merasakannya
Cinta tidak bisa tumbuh dari keraguan dan penolakan di perasaan

meh tgk personaliti boipren korang ..heheh


Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
(boleh la....) Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its
true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk
mak so kena lah bawa balik yg bagus punya

WARNING: Jika anda betol anda
rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati
dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di
workshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut
bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya.
Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang2 je
ego). Pandai berkata2. Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah
menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana
menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal
emosi, ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan. Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak
cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai2
kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo
ceng'eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over
welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick
sama dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober)
Orang nya: cerewet, posessive, takes
things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan
`last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan. Tips utk memikat: Senang
aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa
cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang
nie semua hensem

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: action serius, mudah
cemburu, mood swing.. Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga,
posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain.

WARNING:
Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak
escape dari scorpio...(jgn kata aku tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka
menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik
nya..(berhati-hati ya) Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya...
nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer..
first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dpt
memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok
tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous Tips utk memikat : Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke?
anything asal kan jgn membosan kan...

WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di
atas itu kepala, pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan
perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta'
pada anda Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn
give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING:
Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus
tali.. melepas lah kau nanti...

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati..(mcm
sapo aaaa kat misc nie) .Suka yg cantik dan menarik perhatian. Tips utk memikat:
Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak
berkepit aje dgn u

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so
sbelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada,
choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem.. Tips utk memikat: Senyum
sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila2.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April - 21 Mei)
Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut
seperti tikus. Mereka tidak tetap dgn pendirian sendiri. Suka Bantu org lain.
Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find
out the real you...

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang...
kesian takde orang lain layan...

Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah.
Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang.. dalam apa2 persoalan jua
mereka ada aje alasan nya Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient.
Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak..
Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yg lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jgn bersikap terlalu kasar dgn nya.. kalau dah tak tahan dgn
mereka.. blah aje jgn banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer.....