~~~~In three words I can sum up everything I've learned about life. It goes on.Nothing in life is to be feared. It is only to be understood~~~~

Saturday, September 30, 2006

aku xbalik raya!!!!!

ari ni dpt 1 brita yg sungguh mengecewakan...
aku kena raya kt kluang..umah kak surya...uwaaaa..sedihnyaaaa

"SPESEL TOK MRK YG TGH BCINTA"

CINTA (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

CINTA (selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

KASIH (selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

SAYANG (selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI (sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

HATI (selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

SEHARUSNYA IALAH...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Sunday, September 24, 2006

my dream...

ari ni ada leadership...
my turn utk wat public speaking...
mula2 pg b4 leadership tu..nebes gak laa..
biasalah kan....student mana leh lari dr nebes nk cakap kt depan...
hehehe...


aku present tajuk "the fact of prostitution in Malaysia"
erm...wpun Malaysia dkatakan slh sebuah negara Islam..tp Malaysia salah 1 negara yg mpunyai kes prostitute yg tinggi...erm..pas public speaking tuh...ktorg dok ikut zodiak...kak ji ckp nk tgk adakah zodiak tu btol2 bleh dpcayai o not..em..ektuali..mana leh caya ngan suma ni kan...
ktorg kena wat tajuk 'my dream'...
nak tau my dream????

my dream-->nak bina sbuah banglo kat atas bukit d sebuah pulau yg dikelilingi laut biru...pulau ya dinamakn SHYQITTUN ISLAND...hope my dream come true...aku suka sgt ngan laut nih...hehehe...nmpk cam xmasuk akal je impian aku ni kan???tp nothing is im possible aite???

Saturday, September 23, 2006

break-ups?

How many break-ups also result in feelings of guilt amongst partners? Please take care of guilt before you break-up. guilt can be a very damaging feeling and can make any life hell. Those who are full of guilt undergo lot of pain asking for forgiveness everywhere, but fail to forgive themselves.Why guilt? guilt comes if you have done any wrong that has not been corrected.

If you have done wrongs with your partner and refuse to acknowledge them before break-up that will be very painful afterwards. Let me tell you something. Most of us never believe that we have done any wrong. As time passes we realize our wrongs and by that time all is lost.

The feelings of guilt therefore take over after that and make life impossible.Remedy - If you have decided to break-up, please go ahead. Please do what I suggest before you break up. Please ask your partner about what all he/she feels what done wrongly by you. Ask them to tell you about everything, not missing even the smallest detail. Without any arguments, please say sorry for all that. Do not argue.

I know that you would not agree with most of the accusations and get angry and protest furiously. But refrain doing that. Say sorry, and apologize profusely and after that try to forget everything. Forgive yourself and continue with your life. This way you will be saving yourself from tremendous amount of guilt that may come afterwards. Act in time before breaking up.

I'll be right here

Wherever you go,
whatever you do,
Whenever you need me
How can I say how much you've done for me
How much I have just knowing I had you
You touched my world
And I'll never be the same
You touched my heart
And know everything has changed
You are the one in this life
I'll remember
Wherever you go
Whatever you do
Wherever you are
My heart is with you
No matter how far
I'll always be near
Whenever you need me
I will be right here
There'll always be a part of you with me
I hope there'll be a part of me with you
Oh baby just call my name
And I'll here you on the wind
Just close your eyes
And I'll find you once again
Just know I'm on your side and remember
Wherever you go
Whatever you do
Wherever you are
My heart is with you
No matter how far I'll always be near
Whenever you need me
I will be right here
And when the wind touches you
It will touch me too
And the same star you see
Will be the one that shines on me
I'll be here when you need me
I'll be here any time
Baby I'm on your side so remember
Wherever you go
Whatever you do
Wherever you are
Wherever you go
Whatever you do
Wherever you are
My heart is with you
No matter how far
I'll always be near
Whenever you need me
I will be right here
I will be right here
I will be right here

p/s: tanx Ish 4 d really touching song!

Friday, September 22, 2006

hari mengundi

ari ni 1st dlm seumur idup aku...kena g election!!!!!
uwaaaa.....election 4 new src...
erm..nebes gak sbb thn lpas xsmpt nk rasa sbb dorg menang x btanding..
sapa yg menang 2 pun aku xtau...
hahaha...
tgk2 muka dorg dh jd src pon...
pas ni aku nk g mengundi...
yuhuuuuu..
undi sapa???
erm..undi adalah rahsia guyzzzz!!!
hehehe
selamat mengudi tok suma students iium...pilihan d tangan anda...

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan!!!!!

morning blog!!!
erm..brapa ari dh x tulis blog...hhuhuu...
bz skit 2,3 ari ni..
Alhamdulillah...byk keja dh settle..asgmnt dh submit sumanya..midterm pun dh abis 2 ari lpas...
fuh...lega sgt2...klu x, mmg tensen ar...skg kat lab...clas I.A cancelled...pnat jek aku g clas td..cam hampeh jek...klu aku tau,dh lama aku tdo je..bungkus lam selimut..hehehe..ujan2 ni sdap tol tdo..


skg ni tggl 2 presentation-hadith & leadership...

pastu tgu masa nak balik umah...huhuhu
sedih...suma nk balik umah ...
1st day puasa ngan family...
aku????erm..nmpknya puasa ngan didie laaaa...
erm..xpelah..pengorbanan kan...
erm..slamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan suma...

Thursday, September 21, 2006

never b replaced!!!!

d
Baby I love you and I'll never let you
And if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you
And if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
I love you
Yes I do
I'll be with you as long as you want me to
Until (until) the end (the end) of time (of time)
From the day I met you I knew we'd be together
And now I know I wanna be with you forever
I wanna marry you and I wanna have your kids
Thinking never compared to the feeling of your kisses
I can say Im truly happy to this day
You made think I died, I live my life everyday
There's never been a doubt in my mind
That I regret ever having you by my side
But if the day comes that I have to let you go
I think there's something I should probably let you know
That everyday that I spend with you
And I won't miss you ?cause I'm happy that I had you at all
Baby I love you and I'll never let you
And if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
Baby I love you and I'll never let you
And if I have to boy I think that you should know
All the love we made can never be erased
And I promise you that you will never be replaced
You will never be replaced
I feel for you yes I do
Be with you as long as you want me too
Until the end of time

Tuesday, September 19, 2006

catrina

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis.
Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...Beberapa bulan kemudian...Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...
Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu tersenyum dan terus bersuara.."Kamu memang seorang jejaka yg baik. Kamu sanggup menerima ku yg x sempurna ni menjadi temanmu. Tapi malangnya bukan aku gadis yg kamu cari sebenarnya ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina...Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
"NaFsU mEniLai WaNitA kErNa KeCaNtIkAn PaRaS RuPaNyE...AkaL MeNiLai WaNitA KerNa keCeRdiKaN & kEpaNdaIaNnYe..hAtI MeNiLaI WaNitA kErNa iMaN & aMaLnYe.."

Friday, September 15, 2006

kiamat dah dekat!! nauzubillah...

**email from my little sis...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."
Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." ~ Sahih Bukhari~
-->dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim~
-->dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi� wanita" - Ibnu Majah~
-->Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.~
-->memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.~
-->ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~
-->boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani~
-->George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~
-->jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".~
-->fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani~
-->tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim~
-->Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad~
-->tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim~
-->Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

Wednesday, September 13, 2006

suma xkena?

ari ni aku ada presentation creative thinking..cam apa je aku ckp td..huhu..lantakla..yg penting dh lpas 1 keja..hehe..pas clas,trus g library..ada discussion wif wanie n arni pasal assgmnt methods...haaaa...kt library ar ni...pas abis wat keja methods...mlm ni ada gak masa nk relax..esk xda pa2...lusa ada xm creative...pulun ar mlm b4 xm tuh...esk ada clas usul-fiqh..sir suruh amik paper midterm kt blik dia...uwaaaaa...takutnya...suma kena amik...dia nk bg personal comment....msti dia bengang kot..result ari tu ntah pa2....uwaaaaa....tatotnyaaaaaa......em...dh lewat ni...balik dulu eh....daaaa

kehilangan!

kehilangan itu buat ku terasa
menyepi tanpa bicara
terseka airmata tanpa peduli
apa yang bakal terkata...
kehilangan itu
buat aku bertanya sendiri
mengapa ada perpisahan ini
sekiranya hati ini tak pernah ku relai
kehilangan itubuat aku menangis sendiri
meratapi apa yang telah terjadi
begitu kecilnya hatiku ini
dengan kehilangan yang tak pernah ku pinta..

~teratakaannamiura~

Monday, September 11, 2006

Mohd Aiqal b. Zaidel

slamat ptg suma...
kabare??em...ari ni ntah xtau nape rs rindu sgt2 kt my little boyfren...huhu...
rindu kt aiqal...heheh..actually..dia ank ke3 my cuzin-bg.gdel n kak ct..msti die makin comel skrg nih..skrg dh umur 9bln lbh..dh lama xtengok dia...dulu masa cuti..aku ler yg kena jaga dia...huhu..miz u muchie dear....tp aku xsuka fmly aku pggl dia mawi!!!!!!! apa ada pd mawi tu???stakat terer nyanyi..ramai pminat??huhu...xnaklah my little nephew yg sorg ni jd mcm mawi..jd ar mcm fadzillah kamsah ker...hm tuah ker...bangga la skit...aku pn xfhm bangsa melayu skrg..bangsa lain sibuk kejar kejayaan..xkiralah dlm akademik ker...pniagaan ker...tp malangnya bangsa melayu sibuk nk bjaya dlm bidang nyanyian...erm..plg aku malu bila ada sorg ayah tu mengamuk bila ank dia xdpt join 1 prog realiti tv baru2 ni...erm..apa nk jd la dgn dunia skrg ni kan...balik smula pd aiqal...huhu...rindunya kt my comey tuh...cant wait 2 c him....tgklah pic dia kt bwh...ms tu umur dia 6bln lbh....so cute laaa....
cenyuuuuuum!

aiqal pon nk pegang kamera gak laaa.....
masa ni kat atas katil dlm bilik aku...hahaha..
saja promot cadar katil aku yg lawa tuh..hehe!!

p/s: sowie ar...server slow...xleh nk upload pic byk2...nnt upload pic lain lak eh!


Sunday, September 10, 2006

cintamu..

biCaRa tENtaNg CiNTamU,
Aku mENyiNtaimU buKAn SepERti buNGa,
kERaNa BuNGa mATi diKaLa mUSiMNya bERgaNTi.
Aku MenYiNTaiMu SepERti AiR SuNGai,
SeBaB AiR SuNGai meNGaLiR tiADa PeNGHujunGnyA.

duA Jiwa gELoRa MeRaSa RiNDu YG SaMa,
MeNanTi CiNTa DiLemBah PeNuH LuKa
tERCaLaR LaGi HaTi YG SuCi
BiaRPuN diTaBuRi KAsiH CiNtA SiJaTi.

Aku SedaR BiAr mENGaLir DaRAh CiNtA SeKaLiPun Aku PasrAH….
tERiManyA….HiDuP iNi UmPAmA pERjuaNGaN,Y
G TiaAa KeSuDaHAn. SeLaGi nADiKu MasiH BerDEnYut,
SeLaGi NaFaSKu BeLum TerHEnTi.

Aku MaHu Kau TaHu, Aku SaYAnG DiRimU
KaSiH InDaHNYa SeKaLi SeKaLa,
BErBuaL TaNPa BiCaRa,
MeLihAT taNPa MeMeRHaTi,
BuKAn KoSOnG, BuKAn MeLoPonG,
TaPi MeMBaWA PanDANgAN MaTa YG JaUH.

TeRBanG mASuK KeDaLAm HaTi.
tidAk pErnAH Aku iMPikaN KebahAGiAaN bErSAmaMu,
SEsuNgGUhnYA Aku tErLaLu mENyiNtaimU,
iZinkaNLah Aku uNTuK tErus mEriNDuiMu,
ReLa Aku bERkoRBaN dEmi ciNTa KiTa,
wALaUPuN jURanG DiaNTaRa KiTa TeRLaLu JaUH beRBeZa,
TaPi…… PercAYaLaH KaSiHKu Dan CinTaKu,HaNYa UnTuKMu….

Mengurus kesunyian perlukan pedoman agama 2

Dalam memilih kawan, remaja harus memilih kawan yang baik. Kawan yang baik tidak sahaja menjadi teman mengatasi kesunyian tetapi menjadi sahabat pada waktu susah dan senang. Kawan yang baik menjadi tempat berbual perkara-perkara yang berfaedah, memberi dan menerima nasihat yang berguna serta menjalankan kegiatan bersama yang boleh memberi manfaat. Kawan yang baik adalah kawan yang tahu batas benar dan salah dan sekiranya remaja terlanjur atau terlajak, ia akan menasihatinya.Remaja yang menjalani rutin hidup jangan dibelenggu oleh suasana kesunyian.

Ada ketikanya remaja perlukan kesunyian untuk mencari kekuatan dan menumpukan perhatian kepada sesuatu. Menelaah dan mengulangkaji bahan-bahan pelajaran tentunya memerlukan suasana yang tidak bising dan mengganggu. Ada ketikanya remaja memang suka mengurung diri dalam bilik dan tidak ingin diganggu. Tetapi suasana sunyi akan bertukar menjadi beban dalam hidup apabila remaja mula berasa sunyi.

Sunyi adalah membosankan dan sunyi perlu diisi dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang. Bagi remaja yang dirundung suasana sunyi, perasaan menjadi sunyi dan hati juga menjadi sunyi. Jiwa terasing mula dirasakan. Remaja tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Akhirnya apa yang tergerak itulah yang dilakukan. Kadang-kadang yang dilakukan adalah sesuatu yang salah dan tidak bermanfaat. Merokok dianggap sebagai teman mengisi kesunyian. Menonton bahan-bahan lucah boleh mengisi cita rasa mengatasi kesunyian. Akhirnya amalan sebegini menimbulkan ketagihan dan remaja ingin terus melakukannya lagi tanpa pengetahuan orang lain.

Bila kesunyian boleh mendorong remaja melakukan kegiatan negatif, remaja harus bijak mengurus saat-saat sebegitu. Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah berhubung dengan kawan-kawan yang baik dan boleh dipercayai supaya perbualan dapat berlaku, pertemuan dapat berjalan dan pertukaran pendapat mengambil tempat. Adanya teknologi canggih seperti komputer boleh digunakan untuk melakukan chit-chatting yang berfaedah, melayari Internet dan laman web yang memberi maklumat dan ilmu yang berguna.

Seterusnya remaja harus memiliki hobi seperti membaca, bermain dan bersukan bila melalui masa-masa lapang dan tidak membiarkan kesunyian membelenggu hingga menyebabkan remaja menjadi resah dan kehilangan arah.Komunikasi dengan ibu bapa, adik-beradik adalah langkah terbaik bagaimana kehidupan di rumah berlaku dengan riang dan ceria. Sekiranya komunikasi dalam keluarga dapat berlaku secara baik, ia secara jangka panjang akan mengukuhkan hubungan kekeluargaan, ada perasaan ambil tahu dan saling berkongsi di kalangan anggota keluarga dan menyebabkan hubungan sekeluarga menjadi rapat dan erat.

Apa sahaja masalah yang dilalui oleh remaja boleh ditanya dan dikongsikan dengan ibu bapa. Ibu bapa adalah lambang contoh yang mendidik para remaja dan ibu bapa adalah tempat mengadu daripada masalah dan penyelesai kepada kebuntuan yang dihadapi. Ibu bapa adalah orang yang selalunya bersifat jujur dan sayang kepada anak-anaknya. Sifat ini harus dimanfaatkan oleh remaja supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan bijaksana.Remaja Islam yang baik boleh mengurus kesunyian dengan baik juga. Masa terluang akan diisi dengan kegiatan yang memberi faedah.

Ada ketikanya remaja Islam perlukan orang lain sebagai teman berbicara. Ada ketikanya remaja Islam perlukan suasana yang sunyi dan tenang untuk melakukan komunikasi dengan Pencipta.Solat merupakan jalan terbaik bagaimana komunikasi dengan Allah s.w.t. dapat berlaku. Remaja akan melakukan rukuk dan sujud untuk membina jiwa kehambaan yang tinggi. Daripada jiwa kehambaan yang tinggi menerusi amalan membentuk hati, iman dan takwa menyebabkan remaja takut melakukan perlanggaran dalam syariat Allah.

Remaja akan berasa insaf apa saja yang dilakukan dalam hidup tidak akan terlepas daripada pemerhatian Allah. Remaja akan merasakan bahawa hidup yang berkat adalah di bawah keredaan Allah.Remaja yang bertakwa adalah remaja yang sering merasakan bahawa dalam melakukan apa-apa terutama pada waktu sunyi, remaja akan sentiasa conscious ataupun ingat bahawa Allah ada di mana-mana. Sesetengah remaja apabila tidak berada di depan ibu bapa atau orang yang diseganinya akan melakukan sesuatu di luar batasan terutama pada waktu dalam kesunyian.

Jangan biarkan kesunyian membelenggu hingga sunyi menggigit hati dan mencengkam rasa dan menyebabkan jalan keluarnya ialah melakukan perlanggaran yang membawa akibat buruk kepada diri remaja. Jadilah remaja yang sentiasa ingat kepada Allah, tahu batasan dan larangan-Nya dan sentiasa patuh dengan ajaran-Nya.Isilah masa dengan kegiatan yang berfaedah, tingkatkan ilmu dan pengetahuan supaya remaja merasakan sunyi adalah teman, sunyi adalah ruang mencari kekuatan dan sunyi menjadikan remaja orang-orang sentiasa berfikir mengenai kebaikan dan dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang terlarang.

Mengurus kesunyian perlukan pedoman agama 1

(oleh DR.Sidek Baba-petikan dr Utusan Malaysia)

Hamzah, seorang penyair terkenal, menyebutkan sunyi dalam rangkap bait puisinya, Sunyi itu duka, sunyi itu kudus. Sunyi itu luka, sunyi itu lampus. Dalam bahasa yang mudah kesunyian adalah suatu keadaan yang menyebabkan jiwa dan hati rasa terasing. Ia boleh menyebabkan manusia digigit resah dan dipaut pasrah. Daripadanya kedukaan menghimpit.

Sunyi itu juga boleh membawa keadaan yang tenang. Ketenangan boleh menyebabkan manusia melihat ke dalam diri dan mencari kekuatan. Bagi ahli ibadah, bangun tengah malam dalam suasana sunyi mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t.. Lahir kekudusan yang amat dalam dan manusia berasa jiwa kehambaan yang amat tinggi.

Sunyi juga boleh mengheret insan berasa tertekan. Dirinya semacam rasa tidak dikasihi dan mengasihi. Terasa yang amat sangat dirinya seolah-olah ditinggalkan dan hidup dalam keterasingan. Keadaan tertekan menyebabkan hati jadi luka. Dan dalam kelukaan yang parah hati kehilangan rasa dan akhirnya menjadi rosak ataupun lampus. Ia merasakan semalam yang berlalu penuh dengan kesunyian dan apabila besok menjelang kesunyian menjadi teman hidupnya.

Mengurus kesunyian bukanlah suatu hal yang mudah. Remaja yang hatinya ceria amat suka berkawan. Kawanlah menjadi tempat berbual, berbincang, mengadu dan meminta nasihat. Tanpa kawan, remaja akan sunyi. Kesunyian adalah sesuatu yang amat mencengkam. Kesunyian tidak hanya berlaku kepada remaja.

Ia berlaku kepada semua peringkat kehidupan manusia. Seorang lelaki yang kematian isteri yang disayang akan berasa sunyi yang amat sangat apabila ketiadaan isteri di sisinya lagi. Seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah juga merasakan kesunyian yang luar biasa. Seorang tua yang berumur dan tinggal seorang diri merasakan perjalanan hidup yang sunyi dan menggigit. Kawan berbual tidak ada. Masalah diri ditanggung sendiri. Simpati yang diharap tak kunjung datang. Akhirnya menangisi nasib dalam duka yang berpanjangan.

Cabaran dan godaan juga sering datang pada waktu sunyi. Manusia mempunyai nafsu dan naluri. Kesunyian yang tidak terpandu boleh menyebabkan manusia melayani bisikan syaitan dan iblis. Mengisi kesunyian sewaktu menerima bisikan syaitan dan iblis boleh mendorong seseorang melakukan maksiat dan kemungkaran. Seseorang boleh lupa kepada diri, lupa kepada agama dan lupa kepada Allah s.w.t. kerana kesunyian menjadikannya membuat pilihan yang salah. Mengurus kesunyian memerlukan pedoman.

Bagi remaja, naluri berkawan adalah dorongan yang utama dalam hidup. Remaja memerlukan kawan untuk berbual, bertukar-tukar pandangan, memohon nasihat, berkongsi perasaan dan masalah. Remaja memerlukan kawan supaya tidak berasa sunyi. Ada ketikanya kawan yang didampingi adalah kawan yang baik dan ada ketika bertemu dengan kawan yang sebaliknya.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengaruh kawan atau rakan sebaya menjadi faktor utama dalam memahami tingkah laku dan gelagat remaja hari ini. Kecenderungan remaja terlibat dalam amalan merokok dan salah guna dadah, umpamanya, antara lain ialah faktor pengaruh kawan di samping keinginan mencuba. Pengaruh rakan sebaya besar kesannya mempengaruhi hidup seorang remaja.

2 b continued..

Saturday, September 9, 2006

spesel 2 hawadah...

im ok..juz give me time 2 b 'syai' dat u want..
i need time..really2 need time gurl..
hope u read diz...
btw..tanx...ko always d sisi aku when i needed one....
lucky 2 have u as my fren dear..
luv u much!

dahulu...

Dahulu...
Hati ini seputih salju,
Bisa menepis berani tiap warna duka yg cuba menghampiri.
namun,
kusedari kini,
tiap2 kekuatan pasti terselit kelemahan,
berani yg dulunya gagah berdiri,
kini tumbang hanya kerana sepi...

Dahulu...
Putih gading bentuk hatiku,
namun setelah ditaburi abu2 rindu tanpa tuju,
setelah diterkam aniaya tak bermata,
dan setelah dipeluk kecewa yg berbisa,
hati jernih dulu bertukar biru,
tanda betapa redhanya hatiku menelan tiap hiba,
dalam senyum konon gembira

ari yg menyesakkan...

hello eberibodi..!
how's life??
hope great n ok!
td baru je pas abis xm islamic aqidah...huhu...
b4 stat patut ke ustaz suruh aku ngan hawadah bg kertas jpwn kt each person student lam clas..malu seh...!
pe la ustaz nih..smpi2 je kat meja aku trus suruh bg kt yg lain..xpalah...ada berkat tlg ustaz kan..hehehe...susah tol klu ustaz tu cam muka..pasni xbleh nk suka2 ponteng..soalan so far xdalah susah sgt tp ntahlah...cam main entam je td..huhu..pe pun..dh anta pun paper..xbleh nk wat apa kn..bosan tol la kat lab nih...pe nk wat pasni eh?actually..aku malas nk blik hostel dulu sbnrnya...heheh..penat la..tgk lam lab ada pc kosong..masuk laaaa...ntah apa2 la aku ni kan???xpelah..blah dulu la...slmt malam sumaaaa

kehilangan

Ada yang pergi ketika kau hilang
Hatiku
Jiwaku

Ada yang pergi
ketika kau pergi
Senyumku
Tawaku

Hidupku
ikut hilang bersamamu

Cintaku
ikut pergi bersamamu

Sementara aku masih disini mencuba berdiri
Tanpamu

Friday, September 8, 2006

new life....

salam semua!!!!!ari ni aku mulakn idup br as a new person...org yg baru skali lg...huhu...brapa byk kali daaa nk jd org br eh????hehehe...apepun...caiyok2 syai!!!idup mula rs bz semula slps abih midbreak...mula dh bz ngan clas,presentation,xm,quiz n mcm2 lg...today g clas as usual...huh!ngantok tol lam clas hadith td..dpt paper mterm yg lepas..markah??fuh!!!!susah nk gtau laaa...itulah padah sbb blaja last minute!!!!so guys!!dun try diz at home k!! =) balik ja dr clas hadith..trus g cafe ngan mashimalo..my beary fren! g beli meal 4 lunch..lapo seh.....pas mkn..solat...then jd ular sawa..blingkar dlm selimut...ujan weh..kn sdap tdo..

hehehe...bgn lam 2.40pm like dat la..kemas nk g clas creative lak...huh!pesal la ujan stop lak eh?malas tol nk g clas pas cuti lama..huhu...g clas kol 3.15pm...lam syok2 jln 2...ujan plak turun slamber jek...abis basah aku..dh xbawak patung! klu aku bwk sure xturun nyer lah!...seb bek dkat nk smpi hs...xderlah basah sgt..pecut 100m gak la aku td..huhu...imagine la pelari pecut 100m pakai bj kurung!!!hahaha...bek xyah imagine weh!!rosakkn otak jer!!!skg kt library...nk cari buku tok wat asgmnt aqidah...huhu!byk buku on loan la...ni payah nih!then teman pja g cari buku dier kat lvl 1..tgk2 ada pc kosong..pe lagi...klu x..xderlah aku menulis blog nih haaaaa...hahaha...b4 aku melalut pjg..tu jer cite idup aku ari ni...sama jer...cuma dh ok skit...dh mula senyum balik...btol la kan..watever hepen..life muz go on...suma yg blaku ada hikmahnya...aku caye skrg..pengalaman mematangkan kita kan???

pepun..tanx 4 those yg berada d sisi aku masa aku tgh down 2,3 ari yg lepas...tanx much guyz!!!!!i really appreciate it!!! ok r blog..dh lambat..balik dulu...daaaaa

Tuesday, September 5, 2006

dalam terlena aku menitis airmata

Semalam cerita duka
dalam hidupku
tapi aku biarkan ianya berlalu
dalam diam
aku sepi terus membisu
Biarpun ketabahan aku sekuat mana
dimana-mana aku tetap senyum
menyembunyikan cerita duka dalam diri
yang ku bawa bersama
Dalam tenang aku terlena
aku sangka hilang segala duka
rupanya aku tak sekuat mana
dalam terlena aku menitis airmata
aku menangis kalah
mengekalkan tabah

setelah kau pergi

Setelah kau pergi
Pedihnya hatiku..
Menggengam api cinta bersamamu...
Setelah hujan membasihi pipi
Engkau sering dihatiku..
Setelah kau pergi
Aku pilu tanpamu kasih...
Kemana aku harus mengadu lagi
Hatiku buntu............................
Ditelan oleh arus cintamu
Yg makin membara di dadaku.
Setelah kau pergi
Hatiku sepi
Mengapa aku harus di sini
Cintamu ku belum puas merasakannya
Namun kau pergi meninggalkan diri ini.

Setelah kau pergi
Aku pilu
Tiada lagi tempat ku mengadu....
Setelah cintamu pergi...
Aku masih menanti
Menantikan kepulanganmu............
Kasihku
Tapi yg pastikau takkan kembali
untuk selamanya....

kasih yg pergi

hari ini
aku bangun pagi
dengan rasa kekosongan
ku lihat dunia diluar sana
bagaikan sepi
ku lihat waktu seakan begitu perlahan
dan letih
ku rasa jiwaku begitu kosong
segalanya kosong
kaku...bisu
diam menyepi..aku hairan..
baru ku tahu semalam
cintaku dah pergi....
kesepian mencengkam jiwa
terasa dada dikoyak
dengan kuku harimau
tangisan kesakitan
kecewa akibat kesungguhan percintaan
yang laungannya tak terjawab
senangnya cinta pergi
setelah dikaut
segala pengorbanan
lelah tak kira waktu
hanya nak berebut kebahagiaan
selama ini baru terjawab
cinta itu tiada disini
ianya bagaikan angin berlalu
yang membawa sebuah pilu
dalam terlena aku menitiskan air mata..
biarlah kesabaranku hilang bersama kasihku,
biarlah kewarasanku hilang kerana luka yang dalam,
sakit pedihnya, biar aku saja yang tahu,
namun, ketabahan itu milik aku
walau tidak setabah mana,
tapi aku mampu tersenyum utk berhadapan dgnmu.
tak sekali,air mata ini menitis didepanmu,
biarlah hanya malam saja menemani senduku..

Monday, September 4, 2006

phd??????

bgn tdo je trus tgk cermin...erm...mata bengkak sbb nangis malam td..ada 2 sbb..1 sbb Bee..2 sbb sumone yg teramat dengki dgn aku..lupakan kisah Bee....pasal org yg dengki ngan aku tu...napelah dengki sgt??pe slh aku kt die???aku mmg xbleh idup dgn org cmni...btol kata bg.krol.."manusia mcm2 karenah.ati diorg yg dengki 2 kotor.." huhuhuhu...tp smpi bila aku nk bdpan dgn die nih?????aku xtahan dah...sedih sbb ada gak manusia mcm dia ni....

Sunday, September 3, 2006

.......

Ya tuhan
Mengapa hari ini
Aku merasakan bahawa aku sungguh sepi
Sesepikegelapan di taman
Fikiranku kosong
Kosong seperti malam tanpa bintang
Seperti matahari tanpa terik
Seperti pelangi tanpa seri lagi…..
Mengapa aku merasakan begitu
tuhan
Mungkinkah kerna cinta tiada lagi dalam dirinya……………????