Pada suatu malam yang hening dan sunyi di Lebuhraya Utara Selatan, kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tiada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba munculla sebuah kereta Evo7 Berhenti di sebelah kancil tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.
"A'ah rosak.." jawap pakcik tu simple aje....
"Ok, cam niela, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai kat tol" mamat nie bagi idea.
"Orrait gak tu..., tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam".
"Ok pakcik"..
Mamat tue pun ikatlah tali kat depan kereta kancil dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer
Mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi 'high beam' la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik keta dia..
Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi 'high beam' bagai nak rak. Mamat Evo7 tu dah tak sedar dah.. angin punya pasal. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm.... ..bedesup peginye...
"Ini dah lebih speed limit nie" kate polis yang nunggu bawah jambatan tuh.
"Cecah 250 kmj memasing nie".
Dia pun contact la kengkawan dia kat Depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
Ferrari, sebuah Evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye....... ..sebuah kancil putih tengah cucuk angin Evo7 tu
dan bagi hon dan 'high beam" nak potong!!!' dahsyat woo....."
p/s: siot jerkan...!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan jejak anda.Terima Kasih!